Wednesday, October 5, 2011

PERATUS

DEFINISI 

  1. Sebahagian daripada 100.
  2. Angka pecahan yang penyebutnya 100.
  3. Peratusan dalam bahasa inggeris disebut percentage
  4. Dalam ilmu matematik ia  adalah salah satu cara untuk mengekpreskan pecahan yang mempunyai penyebut per seratus. 
  5. Pecahan diwakilkan dengan mengunakan simbol %.
  6. Contoh :
 37/100= 37% (37 peratus)





SYOK NYER BELAJAR PERATUS  (^_^)



NAK LAGI ????


http://cheguzam.blogspot.com/2011/08/nota-matematik-tingkatan-1-bab-5.html

KEGUNAAN PERATUS DALAM KEHIDUPAN =_=



Peratus?? Pernahkah adik-adik terfikir akan kewujudan konsep peratusan dalam kehidupan harian kita?? Peratusan digunakan dalam setiap kehidupan harian tanpa kita menyedarinya. Justeru itu, saya akan menghuraikan pengunaan konsep peratusan dalam kehidupan harian kita ....
Dalam matematik peratusan bermaksud Menunjukkan Nombor kepada pecahan dalam 100 dan selalu digunakan bersama Simbol peratus (%). Contohnya 45% bersamaan juga dengan 45/100 dan 0,45. Peratusan digunakan dalam Menunjukkan berapa besar atau kecil satu kuantiti dimana Berkaitan dengan kuantiti yang lain.Pernahkah adik-adik mendengar Kenyataan seperti ini dalam kehidupan harian adik-adik:
  • Cikgu Marlia berkata pada pelajarnya "35% Malim sahaja yang lulus dalam matematik manakala 65% lagi gagal.
  • "Eh .. jom ke Jusco ada sale smpai 70% tau", kata Nani kepada rakanya.Jadual dibawah Menunjukkan beberapa konsep peratusan dalam kehidupan harian kita:

1)Jualan murah 
di 'shopping mall' 

 2)Peratusan bahan-bahan dalam pakaian
                
 3)Pembelian kereta
Kadar bunga untuk membeli sebuah kereta akan berubah pada setiap tahun dan jangka masa pembayaran.

Contohnya:



Selain contoh-contoh diatas, masih terdapat banyak lagi konsep peratusan yang berkait rapat dalam kehidupan kita seperti kadar bunga dalam membuat pinjaman dalam bank, dividen ASB, peratus lemak atau kabohidrat dalam makanan dan lain-lain lagi. Pernahkah adik-adik terfikir perbelanjaan keluarga di rumah mencecah 200%? Dan adakah pernyataan diatas benar???
                   
    “ perempuan sayang lelaki 100%, tetapi lelaki sayang perempuan 400%”
     Berdasarkan pernyataan diatas, adakah konsep peratusan yang digunakan betul atau salah??
     Justeru itu, konsep matematik sangat berkait rapat dengan kehidupan harian kita. Jadi adik-adik bolehlah mengaplikasikan dalam kehidupan kita :)

No comments:

Post a Comment

template made by:budakbanyakcakap :)