Wednesday, October 5, 2011

Lirik Lagu Pecahan,Perpuluhan & Peratus

inilah dia lirik lagu bertajuk PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUS
 (ikut rentak lagu 'this is the way ...')...
Pecahan mesti ada garis,
Garis lurus, garis per,
Pecahan mesti ada garis,

Jangan..jangan kau lupa!

Perpuluhan mesti ada titik,

Titik kecil, titik perpuluhan,

Perpuluhan mesti ada titik,

Jangan..jangan kau lupa!

Peratus mesti ada simbol,

Simbol comel, simbol peratus,

Peratus mesti ada simbol,

Jangan..jangan kau lupa!

Latihan Mate

JOM BUAT LATIHAN !!! 

PERATUS

DEFINISI 

  1. Sebahagian daripada 100.
  2. Angka pecahan yang penyebutnya 100.
  3. Peratusan dalam bahasa inggeris disebut percentage
  4. Dalam ilmu matematik ia  adalah salah satu cara untuk mengekpreskan pecahan yang mempunyai penyebut per seratus. 
  5. Pecahan diwakilkan dengan mengunakan simbol %.
  6. Contoh :
 37/100= 37% (37 peratus)





SYOK NYER BELAJAR PERATUS  (^_^)



NAK LAGI ????


http://cheguzam.blogspot.com/2011/08/nota-matematik-tingkatan-1-bab-5.html

KEGUNAAN PERATUS DALAM KEHIDUPAN =_=



Peratus?? Pernahkah adik-adik terfikir akan kewujudan konsep peratusan dalam kehidupan harian kita?? Peratusan digunakan dalam setiap kehidupan harian tanpa kita menyedarinya. Justeru itu, saya akan menghuraikan pengunaan konsep peratusan dalam kehidupan harian kita ....
Dalam matematik peratusan bermaksud Menunjukkan Nombor kepada pecahan dalam 100 dan selalu digunakan bersama Simbol peratus (%). Contohnya 45% bersamaan juga dengan 45/100 dan 0,45. Peratusan digunakan dalam Menunjukkan berapa besar atau kecil satu kuantiti dimana Berkaitan dengan kuantiti yang lain.Pernahkah adik-adik mendengar Kenyataan seperti ini dalam kehidupan harian adik-adik:
  • Cikgu Marlia berkata pada pelajarnya "35% Malim sahaja yang lulus dalam matematik manakala 65% lagi gagal.
  • "Eh .. jom ke Jusco ada sale smpai 70% tau", kata Nani kepada rakanya.Jadual dibawah Menunjukkan beberapa konsep peratusan dalam kehidupan harian kita:

1)Jualan murah 
di 'shopping mall' 

 2)Peratusan bahan-bahan dalam pakaian
                
 3)Pembelian kereta
Kadar bunga untuk membeli sebuah kereta akan berubah pada setiap tahun dan jangka masa pembayaran.

Contohnya:



Selain contoh-contoh diatas, masih terdapat banyak lagi konsep peratusan yang berkait rapat dalam kehidupan kita seperti kadar bunga dalam membuat pinjaman dalam bank, dividen ASB, peratus lemak atau kabohidrat dalam makanan dan lain-lain lagi. Pernahkah adik-adik terfikir perbelanjaan keluarga di rumah mencecah 200%? Dan adakah pernyataan diatas benar???
                   
    “ perempuan sayang lelaki 100%, tetapi lelaki sayang perempuan 400%”
     Berdasarkan pernyataan diatas, adakah konsep peratusan yang digunakan betul atau salah??
     Justeru itu, konsep matematik sangat berkait rapat dengan kehidupan harian kita. Jadi adik-adik bolehlah mengaplikasikan dalam kehidupan kita :)

PERPULUHAN

DEFINISI

  1. Gabungan nombor bulat dengan nombor pecahan.
  2. Gabungan nombor ini dipisahkan oleh satu titik iaitu titik perpuluhan.
  3. Nombor perpulahan adalah salah satu sistem angka .
  4.  Ia menggunakan sepuluh sebagai sistem asas. 
  5. Perpuluhan berkait rapat dengan pecahan kerana ia mempunyai penyebut 10,100, 1000, 10000, dan 10.
  6.  Namun, dalam perpuluhan ia menggunakan simbol (.
Sebagai contoh :
Nombor di atas disebut sebagai satu perpuluhan  lima

Sistem Perpuluhan

  • Sistem perpuluhan atau sistem desimal merupakan sistem yang berasaskan 10.
  • Tetapi ianya perlu disamakan dengan sistem pecahan atau nombor nisbah seperti yang kita belajar di sekolah mungkin anda akan berasa sedikit rumit.
  • Hakikatnya, ada cara mudah yang boleh anda praktikkan dalam mencari nombor pecahan dan persamaannya dalam sistem desimal. 
  • Sebagai contohnya,untuk mencari nombor desimal bagi pecahan 10/11 mungkin terasa amat sukar sekali,betul tak?



SYOK NYER BELAJAR PERPULUHAN (@_@)





SAYA SUKA PERPULUHAN  :D




KEGUNAAN PERPULUHAN DALAM KEHIDUPAN 
  1. Tanpa kita sedari,kita telah banyak menggunakan perpuluhan dalam kehidupan seharian.
  2. Antaranya ialah :
  • Penggunaan perpuluhan ketika menggunakan komputer atau laptop mahupun netbook terutamanya ketika melayari internet.          



  • Penggunaan kalkulator dalam urusan seharian terutamanya pengiraan bisnes dan untung rugi harian ssebuah kedai runcit juga melibatkan pecahan.



  • Penggunaan alat timbangan seperti alat timbangan berat badan digital juga menggunakan perpuluhan sebagai asas nombor.

Berat yang ditunjukkan ialah 70.4 kg

  • Kita sering membuat garisan dan mengukur sesuatu panjang dengan menggunakan pembaris.Pembaris mempunyai sukatan milimeter dan sentimeter.Kita sering mengaplikasikan perpuluhan ketika membaca ukuran pembaris dalam perpuluhan.






Monday, October 3, 2011

PECAHAN

Definisi

Apakah itu pecahan?



1. Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.



satu per dua 


satu per empat 

tiga per lapan 


 
2. Nombor 1 mewakili semua bahagian dalam keseluruhan.
 
3. Nombor 1 boleh diwakili oleh pecahan di mana pengangka dan penyebutnya
    adalah sama;
 
    Contoh: , ,  dan sebagainya.
 
4. Bahagian-bahagian pada pecahan:
 
a)     Pengangka - angka yang terletak di atas
 
b)     Penyebut - angka yang terletak di bawah

5. Jenis-jenis pecahan:
 
 &nb{`;  (i) Pecahan wajar - pengangka lebih kecil daripada penyebut.
        Contoh: ,
 
    (ii) Pecahan tak wajar - pengangka lebih besar daripada penyebut.
         Contoh: ,
 
    (iii) Pecahan setara - dua pecahan yang sama nilainya.
          Contoh:  setara dengan
 
    (iv) Nombor bercampur - terdiri daripada nombor bulat dan pecahan wajar.    
          Contoh: ,

KONSEP PECAHAN

Pecahan ialah nombor nisbah bukan integer. Ia biasanya dinyatakan dalam bentuk :





dimana p dan q ialah integer tetapi q ≠ 0.


p disebut sebagai PENGANGKA 
q disebut sebagai PENYEBUT


SYOK NYER BELAJAR PECAHAN   :)





JOM BELAJAR PECAHAN !!! 





PECAHAN DALAM KEHIDUPAN



TAHUKAH ADIK-ADIK?

tentu adik-adik masih ingatkan..
pecahan juga berkait rapat dengan kehidupan seharian kita..

tidak ketinggalan walaupun pecahan tersebut 
terdiri daripada operasi 
tambah dan tolak

jom kita lihat contoh

contoh :


situasi 1

Segelas air mampu diisi sebanyak 250ml air. Aman, Adi dan Athirah masing-masing telah menggunakan cawan tersebut untuk minum. Aman telah menghabiskan kesemua air dan menambah sebanyak 1/2 lagi air yang dituang, Adi pula minum  1 2/3 air daripada cawan tersebut. Athirah pula hanya minum 1 1/4 air. Berapakah jumlah air dalam ml yang telah dihabiskan oleh mereka bertiga?

adik-adik perlu tahu!!

Aman - segelas dan 1/2 lagi = 1 1/2 x 250 ml
                                             = 375 ml            

Adi - 1 2/3 air = 1 2/3 x 250ml   
                           = 416.67 ml      

Athirah- 1 1/4 air =  1 1/4 x 250ml
                               = 312.5 ml       

Jumlah air yang diminum:               
     = 375ml + 416.67ml + 312.5 ml
     = 1104.17 ml                              

situasi 2

Ismail telah bercadang untuk membeli barang keperluannya di sekolah. Ibunya telah membekalkan wang sebanyak RM150 untuk kegunaannya itu. Di dalam perjalanan dia telah singgah ke kedai kasut. Di sana dia telah menghabiskan 1/2 daripada duit yang dibekalkan oleh ibunya untuk membeli sepasang kasut bola. Di kedai yang lain, dia telah menggunakan 1/5 daripada wang tadi untuk membeli beg sekolah dan 1 1/8 daripada harga beg sekolah tadi untuk buku dan alat-alat tulis. Berapakah duit yang telah dibelanjakan oleh Ismail?

KELUARKAN SEMUA KATA KUNCI

Jumlah duit yang dibekalkan = RM 150

HARGA BARANG YANG DIBELI
Kasut bola = 1/2 x RM150
                  = RM 75

Beg sekolah = 1/5 x RM 150
                     = RM 30

Buku dan alat-alat tulis = 1 1/8 x RM 30
                                      = RM 33.75

Jumlah Perbelanjaan = kasut bola + beg sekolah + buku dan alat tulis
                                  = RM 75 + RM 30 + RM 33.75
                                  = RM 138.75



situasi 3

Marina mempunyai sebalang guli yang berwarna-warni. Balang tersebut mengandungi 250 biji guli. Ayahnya telah memberikannya      1 1/5 daripada jumlah guli yang dia ada sebagai hadiah. Namun begitu, selepas bermain bersama rakannya dia mendapati gulinya hilang sebanyak 1 6/25 daripada jumlah yang asal. Berapakah jumlah guli yang dimilikinya sekarang?

Langkah pertama ialah keluarkan semua isi penting:

Jumlah asal guli = 250
Hadiah dari ayah = 1 1/5 x 250
                          = 300
Hilang =  1  6/25 x 250
          = 310

Jumlah yang tinggal = jumlah asal guli + hadiah dari ayah - hilang
                              = 250 + 300 - 310
                              = 240

Ibu mengambil sebiji limau dari peti sejuk. Kemudian, ibu memotong buah oren tersebut kepada 8 bahagian yang sama. Ali memakan 2 ulas daripada limau itu dan Adi memakan 3 ulas daripada limau itu. Berapakah jumlah ulas limau yang telah dimakan oleh Ali dan Adi??

situasi 4


Jom kita kira sama-sama berapa bahagiankah yang dimakan oleh Ali dan Adi ye adik-adik..

Ali makan 2 daripada 8 ulas limau =  2/8
Adi makan 3 daripada 8 ulas limau = 3/8
Jadi, jumlah bilangan ulas limau yang telah dimakan ialah:

2/8 + 3/8 = 5/8

tapi adik-adik, berapa pula bilangan ulas yang tinggal??

jom kita kira sekali lagi...

sebiji limau mempunyai 8 ulas limau = 8/8
jumlah yang telah dimakan oleh Ali dan Adi ialah 5/8
jumlah yang tinggal ialah...

8/8 - 5/8 = 3/8

jadi, jumlah ulas limau yang masih tinggal ialah 3/ 8


situasi 5



Aida membeli sebiji kek di sebuah kedai. di rumah, dia memotong kek itu kepada 5 bahagian yang sama besar. selepas itu, satu bahagian daripada kek itu diberikan kepada Anita dan 2 bahagian lagi diberikan kepada Aisyah. berapakah jumlah bahagian kek yang telah diberi oleh Aida??





Ayuh adik-adik,  kita kira sama-sama !!!


Sebiji kek dipotong kepada 5 bahagian.

Aida memberi satu bahagian daripada kek itu kepada Anita= 1/5

Aida memberi 2 bahagian daripada kek itu kepada Aisyah = 2/ 5

jumlah bahagian kek yang diberi ialah 1/5 + 2/5 = 3/5

jadi adik-adik, berapa pula bahagian kek yang tinggal untuk Aida??

jom kita kira!!!

sebiji kek memiliki 5 bahagian = 5/5

bahagian kek yang diberi kepada Anita dan Aisyah = 3/ 5

jadi, baki yang tinggal ialah = 5/5- 3/5 = 2/5

template made by:budakbanyakcakap :)